Analisis Kecekapan Relatif dan Ketepatan Anggaran dalam Reka Bentuk Pensampelan: Perbandingan Teoretikal dan Empirikal antara Pensampelan Rawak Mudah dan Pensampelan Rawak Berstrata

Analysis of Relative Efficiency and Estimation Accuracy in Sampling Designs: A Theoretical and Empirical Comparison between Simple Random Sampling and Stratified Random Sampling

Authors

  • Muhammad Fadhil Marsani School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang, Malaysia
  • Vikneswari Someetheram School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang, Malaysia
  • Farid Zamani Che Rose Department of Mathematics and Statistics, Faculty of Science, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
  • Mohd Shareduwan Mohd Kasihmuddin Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Keywords:

Pensampelan Rawak Mudah (SRS), Pensampelan Rawak Berstrata (StRS), nferens berasaskan reka bentuk, alokasi Neyman, kecekapan relatif, varians penganggar, populasi pendidikan, Simple Random Sampling (SRS), Stratified Random Sampling (StRS), Design-Based Inference, Neyman Allocation, Relative Efficiency, Estimator Variance, Educational Population

Abstract

Cabaran utama dalam inferens berasaskan reka bentuk ialah meminimumkan varians penganggar tanpa meningkatkan kos pensampelan secara berlebihan. Walaupun Pensampelan Rawak Mudah (SRS) merupakan pendekatan asas dalam teori pensampelan, kecekapan reka bentuknya berpotensi menurun dalam populasi yang bersifat heterogen. Walau bagaimanapun, bukti empirikal dalam konteks populasi pendidikan sebenar masih terhad. Kajian ini menilai kecekapan relatif antara SRS dan Pensampelan Rawak Berstrata (StRS) dalam menganggar purata gred akhir Matematik (G3) bagi populasi pelajar berjumlah N = 395. Pengstrataan dilakukan berdasarkan jantina dan dianalisis berasaskan prinsip alokasi optimum Neyman. Lima saiz sampel berbeza (n = 60, 100, 150, 200, dan saiz minimum bagi had ralat 5%) diuji melalui replikasi pensampelan bagi menilai bias, ralat piawai dan Ralat Kuasa Dua Min (MSE). Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua reka bentuk adalah tidak berat sebelah terhadap min populasi 10.4152; namun StRS menghasilkan varians yang lebih stabil serta mengurangkan turun naik anggaran melampau. Peruntukan Neyman menunjukkan saiz sampel optimum yang sedikit lebih kecil bagi StRS (n = 68) berbanding SRS (n = 70) untuk mencapai had ralat ±1.0. Kecekapan relatif StRS dianggarkan sekitar 1.42%, menunjukkan peningkatan marginal tetapi konsisten. Dapatan ini menegaskan bahawa keberkesanan pengstrataan bergantung kepada tahap heterogeniti populasi dan sejauh mana pembentukan strata selari dengan struktur varians sebenar. Kajian ini menyumbang bukti empirikal bahawa walaupun perbezaan saiz sampel optimum adalah kecil, pengstrataan mampu meningkatkan kestabilan penganggar dan mengurangkan risiko sisihan ekstrem dalam populasi pendidikan berskala sederhana. The main challenge in design-based inference is to minimize estimator variance without excessively increasing sampling costs. Although Simple Random Sampling (SRS) is a fundamental approach in sampling theory, its design efficiency may decline in heterogeneous populations. However, empirical evidence in the context of actual educational populations remains limited. This study evaluates the relative efficiency of SRS and Stratified Random Sampling (StRS) in estimating the mean final Mathematics grade (G3) for a student population of N = 395. Stratification was performed based on gender and analyzed according to the principles of Neyman optimal allocation. Five different sample sizes (n = 60, 100, 150, 200, and the minimum sample size required for a 5% margin of error) were examined through repeated sampling to evaluate bias, standard error, and Mean Squared Error (MSE). The findings indicate that both sampling designs produce unbiased estimates of the population mean of 10.4152; however, StRS yields more stable variance and reduces extreme fluctuations in estimates. Neyman allocation indicates a slightly smaller optimal sample size for StRS (n = 68) compared with SRS (n = 70) to achieve a margin of error of ±1.0. The relative efficiency of StRS is estimated at approximately 1.42%, indicating a marginal but consistent improvement. These findings emphasize that the effectiveness of stratification depends on the degree of population heterogeneity and the extent to which the formation of strata aligns with the underlying variance structure. This study provides empirical evidence that, although the difference in optimal sample sizes is relatively small, stratification can improve estimator stability and reduce the risk of extreme deviations in moderately sized educational populations.

Author Biographies

Muhammad Fadhil Marsani, School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang, Malaysia

fadhilmarsani@usm.my

Vikneswari Someetheram, School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang, Malaysia

viknessomeetheram@student.usm.my

Farid Zamani Che Rose, Department of Mathematics and Statistics, Faculty of Science, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

faridzamani@upm.edu.my

Downloads

Published

2026-11-09

Issue

Section

Articles