Smart-Electro: Pembangunan E-Modul Interaktif Berasaskan Visme bagi Memperkukuh Penguasaan Sistem Elektronik dalam Mata Pelajaran Reka Cipta

Smart-Electro: Development of a Visme-based Interactive E-Module to Strengthen Mastery of Electronic Systems in the Design and Innovation Subject

Authors

  • Nur Syazwana Batrisyia Abdul Aziz Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Abdul Muqsith Ahmad Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Azizul Qayyum Basri Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Ridhuan Mohd Jamil Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Muslim Md Zalli Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Syaubari Othman Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Firdaus Mustaffa Kamal Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

E-Modul interaktif, Smart-Electro, sistem elektronik, Visme, TVET, Model ADDIE, Interactive E-Module, electronic systems, ADDIE Model

Abstract

Perkembangan teknologi digital dalam pendidikan menuntut penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih fleksibel, interaktif dan berpusatkan pelajar, khususnya dalam pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Walau bagaimanapun, pengajaran topik Sistem Elektronik dalam mata pelajaran Reka Cipta Tingkatan 5 masih berhadapan dengan cabaran akibat sifat kandungan yang abstrak serta kekurangan bahan bantu mengajar digital yang bersesuaian. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembangunan, membangunkan serta menilai kebolehgunaan E-Modul Interaktif Smart-Electro berasaskan aplikasi Visme bagi topik Sistem Elektronik. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian pembangunan dengan reka bentuk kualitatif deskriptif berpandukan Model ADDIE. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur bersama tiga orang guru Reka Cipta yang berpengalaman, diikuti penilaian terhadap kandungan dan reka bentuk modul yang dibangunkan. Smart-Electro mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti nota visual, animasi, video, permainan pembelajaran dan kuiz interaktif bagi menyokong pembelajaran kendiri. Dapatan menunjukkan bahawa guru memerlukan bahan bantu mengajar digital yang lebih interaktif bagi membantu pelajar memahami konsep Sistem Elektronik. Penilaian kebolehgunaan turut memperlihatkan bahawa kandungan dan reka bentuk Smart-Electro diterima secara positif serta sesuai digunakan sebagai bahan sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa Smart-Electro berpotensi menjadi bahan bantu mengajar digital yang menyokong pelaksanaan pedagogi digital dan pembelajaran kendiri dalam mata pelajaran Reka Cipta.

The advancement of digital technology in education necessitates the use of teaching aids that are flexible, interactive, and student-centered, particularly within Technical and Vocational Education and Training (TVET). However, teaching the "Electronic Systems" topic in the Form 5 *Reka Cipta* (Invention/Design) subject remains challenging due to the abstract nature of the content and a lack of suitable digital teaching aids. Therefore, this study aimed to identify development needs, develop, and evaluate the usability of the "Smart-Electro" Interactive E-Module—created using the Visme application—for the Electronic Systems topic. The study employed a development research approach with a descriptive qualitative design, guided by the ADDIE model. Data were collected through semi-structured interviews with three experienced *Reka Cipta* teachers, followed by an evaluation of the developed module's content and design. Smart-Electro integrates various multimedia elements—such as visual notes, animations, videos, educational games, and interactive quizzes—to support self-directed learning. The findings indicate that teachers require more interactive digital teaching aids to help students grasp Electronic Systems concepts. Usability evaluations also revealed that the content and design of Smart-Electro were positively received and deemed suitable as a supplementary resource for teaching and learning. Overall, the study demonstrates that Smart-Electro has the potential to serve as a digital teaching aid that supports the implementation of digital pedagogy and self-directed learning in the *Reka Cipta* subject.

Author Biography

Abdul Muqsith Ahmad, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

muqsith@ftv.upsi.edu.my

Downloads

Published

2026-07-23

Issue

Section

Articles